expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Sunday, June 12, 2011

Gadis Sembunyi Lepas 1,500 Rakan Facebook Serbu Parti Hari Jadinya



Seorang gadis remaja, terpaksa melarikan diri dari parti hari jadinya selepas lebih 1,500 tetamu datang untuk menyambutnya, diekori oleh kira-kira 100 anggota polis.


Kejadian berlaku selepas gadis itu yang hanya dikenali sebagai Thessa, terlupa menetapkan parti itu sebagai sambutan ‘Tertutup,’ dalam laman Facebooknya.

Sebelas orang ditahan sementara oleh pegawai dan seorang anggota polis cedera dalam kesesakan di depan rumah gadis berkenaan.
Anggota bomba juga memadamkan dua kebakaran dalam kejadian itu sementara beberapa remaja terpaksa dirawat kerana luka akibat terpijak serpihan kaca.

Thessa sebenarnya hanya mahu mempelawa beberapa rakan ke rumahnya sempena ulang tahun kelahirannya tetapi tersilap dengan meletakkan ia sebagai acara terbuka.

Kira-kira 15,000 pengunjung Facebook mengesahkan mereka akan hadir.

Apabila ia diketahu ibu bapanya, mereka memaklumkannya kepada pihak berkuasa dan mengupah syarikat keselamatan untuk melindungi kediaman mereka.

Menurut akhbar Bild am Sonntag, meskipun pembatalannya diumumkan di seluruh bandar raya itu, 1,500 remaja tetap muncul di depan kediaman keluarga Thessa.

“Seratus anggota saya mengepung rumah itu, termasuk empat anggota berkuda. Tetapi ia gagal menghalang orang ramai daripada meraikan hari jadi itu diluar rumah gadis bernama Thessa,” kata jurucakap polis.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...