expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Thursday, March 31, 2011

Jimmy Choo Beli Semula Jenama Kasut Mewah 'Jimmy Choo' ?



Pereka jenama kasut mewah Jimmy Choo telah bersedia untuk membeli semula kepentingan 50 peratus jenama kasut terkenal yang telah melonjakkan namanya.


Pada tahun 2001, Choo menjual separuh daripada kepentingan syarikat dan ia telah dibeli oleh pemilik sekarang iaitu sebuah syarikat pelaburan Britain, TowerBrook Capital Partners pada tahun 2007 dengan harga yang diwar-warkan AS$284 juta ($275.9 juta). TowerBrook kini berhasrat untuk menjual kepentingan Jimmy Choonya itu.

Baki lagi separuh dimiliki oleh bekas editor aksesori dan Ketua Pegawai Kreatif Vogue Britain, Tamara Mellon yang telah mengembangkan jenama itu ke 110 gedung seluruh dunia, berbanding 77 ketika TowerBrook membuat belian itu.

Koleksi haruman dan kasut lelaki turut ditambah dengan Mellon menjadikan Jimmy Choo daripada hanya satu lagi jenama kasut mewah kepada rangkaian barangan mewah yang lebih meluas.

Mellon berkata, beliau turut meninjau untuk menambah jenama pakaian, barang kemas dan perhiasan rumah ke dalam rangkaian produknya.

Selama tempoh tiga tahun TowerBrook memiliki separuh daripada Jimmy Choo, pendapatan yang diraih dilaporkan lebih daripada berganda kepada £150 juta ($233.3juta).

TowerBrook mengumumkan pada September 2010 yang ia telah mendapat perkhidmatan bank-bank antarabangsa Goldman Sachs dan Morgan Stanley untuk menimbang alternatif strategik jangka panjang untuk Jimmy Choo. Ketua Pegawai Eksekutif bersama syarikat Britain Ramez Sousou dalam kenyataan akhbar mengumumkan hasrat mereka untuk menjual berkata: "Jimmy Choo ialah pelaburan penting untuk TowerBrook. Jimmy Choo telah berkembang sebagai perniagaan yang inovatif dan bernilai tinggi, berjaya memperlihatkan pertumbuhan pendapatan dan keuntungan dan pada masa yang sama memulihara ekuiti jenamanya.

"Kami kini akan memulakan reviu untuk opsyen strategik dan pembiayaan terbaik untuk perniagaan bagi menyokong pembangunan jangka panjang dan kejayaan yang berterusan."katanya.

Harga pertanyaan untuk pegangan TowerBrook diwar-awarkan dalam lingkungan £500 juta.

Ketika Choo menjual 50 peratus daripada syarikatnya, dikatakan yang beliau telah meninggalkan perniagaan itu untuk menceburi projek lain.

Tetapi dengan semangat serta rekaaan dan idea-idea baharu, dan hasrat untuk menakluki pasaran Asia dan Australia yang menguntungkan, Choo telah mendekati syarikat broker London, Daniel Stewart, untuk membantu membida bagi membeli semula syarikat yang ia asaskan secara bersama 15 tahun lepas.

Adam Wilson, pemegang saham dan rakan kongsi utama Daniel Stewart, yang berpusat di Dubai dan mengendalikan operasi antarabangsa, pada masa ini sedang berusaha untuk bidaan berkenaan dan mencari pelabur berpotensi.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...