expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Friday, February 18, 2011

Gadis Lelong Diri Tepi Jalan Di Hari Valentine

Ketika kebanyakan pasangan kekasih di Britain membaca kad Valentine mereka, semalam, terdapat seorang gadis yang patah hati.

Teman lelaki Janie Brown, Steve mengakhiri perhubungan mereka selama enam bulan, semalam. Janie yang tidak mahu kesedihannya berlarutan memutuskan untuk mencari pasangan baru bagi bertemu janji segera.


Gadis berusia 20 tahun yang belajar pengajian Sejarah di Universiti Birmingham itu membawa kertas kadbod yang tertulis luahan kesepian hatinya yang digantungkan pada tubuhnya sambil berdiri di tepi jalan raya.

Janie berkata dia tidak mahu menghabiskan hari Valentine sendirian kerana akan membuatnya tertekan dan memikirkan mungkin orang yang lalu-lalang akan bersimpati dengannya.

"Teman lelaki saya meninggalkan saya semalam dan saya rasa daripada bersedih di rumah sepanjang hari lebih baik saya keluar dan mencari pasangan.


"Saya bukan seorang yang bodoh. Tiada siapa mahu bersendirian pada hari Valentine,” ujarnya.

"Rakan saya mencabar saya untuk berdiri di sini dan saya fikir mengapa tidak.


“Setakat ini, saya belum berjaya lagi tetapi saya yakin akan memperoleh seseorang yang akan mengajak saya keluar bertemu janji. Saya yakin itu .

"Saya masih muda dan mudah berkawan jadi sudah tentu saya akan mendapat pasangan,” tambahnya. Pelajar itu berkata, ini kali pertama dia merayu untuk mendapatkan pasangan.

“Saya mempamerkan kadbod yang bertulis ‘saya baru ditinggalkan kekasih’ dan berharap ada jejaka yang akan bersimpati dengan saya.

“Saya meluangkan masa sejam untuk membuat kadbod ini. “Ramai lelaki membunyikan hon dan menyuluh lampu kenderaan mereka ke arah saya jadi saya harap saya akan mendapat tuah.

“Saya sudah berdiri selama dua jam tetapi saya tidak akan beredar selagi belum menemui pasangan,” katanya lagi.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...