Tiga lelaki beragama Islam menghadapi hukuman penjara sehingga tujuh
tahun kerana mengedar risalah meminta golongan homoseksual digantung,
direjam dan dibakar sampai mati.
Mereka merupakan sebahagian daripada anggota kumpulan yang mengedar
bahan tersebut di jalan-jalan raya dan menampalnya di peti-peti surat
dengan menyatakan golongan homoseksual merupakan punca masalah sosial.
Risalah tersebut yang digelar Hukuman Mati memaparkan imej sebuah
patung digantung selain teks menyatakan hukuman mati adalah satu-satunya
cara untuk menghapuskan perlakuan homoseksual dalam masyarakat.
Ihjaz Ali, Kabir Ahmed dan Razwan Javed merupakan kumpulan pertama
dihukum di bawah undang-undang baru menghasut kebencian ke atas golongan
homoseksual.
Ihjaz, 42, Kabir, 28, dan Javed, 28, kesemuanya dari Normanton, Derby
didapati bersalah mengedar bahan tersebut bertujuan menimbulkan
kebencian terhadap golongan homoseksual.
Mahkamah Derby akan menetapkan hukuman ketiga-tiga lelaki tersebut pada bulan depan.