expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Tuesday, January 29, 2013

Hebat, Iran Berjaya Hantar Monyet Hidup ke Angkasa Lepas





Iran semalam menghantar sebuah kapsul yang mengandungi monyet hidup ke angkasa lepas, lapor saluran televisyen berbahasa Arab, Al-Alam semalam.


Sebelum ini, beberapa percubaan republik Islam tersebut untuk menghantar monyet ke angkasa lepas menemui kegagalan.

"Iran berjaya melancarkan sebuah kapsul dengan kod nama Pishgam yang mengandungi seekor monyet," kata satu kenyataan daripada sebuah jabatan angkasa aeroangkasa di Kementerian Pertahanan.

Monyet itu dilaporkan kembali ke Bumi dengan selamat.

Kisah Azza (Elite) Dapat Hidayah Bertudung Ketika Berlakon Drama





Penyanyi dan pelakon Azza (Elite) mendedahkan watak yang dilakonkannya sebagai wanita muslimah bertudung menerusi drama Mujahid pada tahun lalu telah membuka hatinya untuk terus menutup aurat.


Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 35, berkata, dia bersyukur kerana mendapat rahmat berkenaan ketika sedang mencari rezeki dalam dunia lakonan yang menjadi punca rezekinya selama ini.

"Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus.

Monday, January 21, 2013

Serius tapi belum bertunang - Rozita Che Wan






Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 41, hari ini menyangkal dakwaan dia sudah bertunang dengan pelakon Zain Saidin seperti yang dihebohkan.

Kata Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta, mereka memang serius menjalin hubungan tetapi belum ke tahap risik merisik atau bertunang.

Pada saat ini hubungan kami masih lagi di peringkat mengenali hati budi masing-masing, biarpun sudah lama berkawan. Kalau ada jodoh, adalah. Biar Allah yang tentukan semuanya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...