expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Thursday, August 25, 2011

Nama Domain lina.cn Hasil Pengaruh Bintang Tennis China, Li Na




Populariti juara Grand Slam pertama China, Li Na, yang semakin meningkat menjadi perkembangan baik bagi seorang peminat yang memiliki nama domain lina.cn.


Nama domain itu dijangka dijual sekurang-kurangnya pada harga 100,000 yuan (RM46,500) apabila dilelong bulan depan.

Liu Tailong yang membeli nama itu dengan harga kira-kira 2,000 yuan (RM936) Mei lalu, sejurus sebelum Li Na muncul juara di Terbuka Perancis berkata, dia yakin pelaburannya mendatangkan keuntungan.

“Kariernya semakin meningkat, begitu juga dengan pengaruhnya,” kata Liu, dipetik oleh akhbar China Daily.

“Jika ia tidak ada kaitan dengan Li Na, nama domain itu hanya biasa. Tidak ada orang yang akan mempedulikannya. Ia tidak bernilai,” kata Liu.

Laman Web Cari Teman Kacak, Jelita Singkirkan Mereka Yang Hodoh

Sebuah laman web yang menjadi tempat pertemuan online popular bagi mencari kekasih bagi golongan ‘lelaki kacak dan wanita jelita’ mencetuskan kontroversi dan dikritik selepas bertindak membuang 30,000 ahli kerana mereka disifatkan sebagai ‘orang hodoh.’

Laman web itu ialah ‘Beautifulpeople.com’ yang mempunyai satu sistem yang memberi kategori kepada ahlinya berdasarkan skala kecantikan.

Mereka yang ditolak itu dipercayai menjadi ahli laman web itu bulan lalu selepas ruang berkenaan diserang virus diberi nama ‘Shrek’, karektor haiwan hodoh.

Virus itu menyerang perisian ‘Beautifulpeople.com’ yang digunakan untuk menapis pemohonnya menyebabkan kemasukan ahli barunya yang kemudian dibuang atas sebab hodoh, lapor The Guardian.

Tuesday, August 23, 2011

Pakar Pukau Bantu Penari Tiang Untuk Menggoda Pelanggan





Seorang pakar pukau, Grant Saunders dipanggil untuk membantu penari-penari tiang menggoda pelanggan. Menerusi kepakaran pakar pukau itu, pelanggan-pelanggan akan memberikan lebih banyak wang kepada mereka selepas persembahan erotik berakhir.


Khidmat Saunders digunakan pemilik kelab tarian Cleopatra's Lounge di sini untuk membantu meningkatkan pendapatan premis itu yang merosot sejak kebelakangan ini.

"Penari-penari di sini akan menggunakan teknik yang dikenali sebagai 'berlabuh'. Minda bawah sedar pelanggan akan dibuka semasa melihat paha mereka (penari bogel)," kata Saunders, 34.


Monday, August 22, 2011

Kapal Kalis Radar Berharga Ratusan Juta Kini Hanya Jadi Besi Sekerap



Sebuah kapal kalis radar milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang bernilai AS$195 juta (RM591.92 juta) kini hanya menjadi besi sekerap.


Kapal itu yang siap dibina pada 1985 oleh Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahanan dan syarikat Lockheed Martin.

Ia dibina untuk tujuan eksperimen tetapi kini menjadi besi sekerap selepas tiada muzium di AS yang mahu menjadikan kapal berkenaan sebagai bahan pameran.

Kapal itu diberi nama Sea Shadow sepanjang 48.76 meter dan lebar 21.33 meter dengan kelajuan maksimum 14 knot.

Jurucakap Tentera Laut AS, Chris Johnson berkata: "Kapal itu dibina dengan tujuan untuk mengkaji aplikasi teknologi kalis peluru dan peluru berpandu tentera laut."

Ia tidak pernah digunakan dalam sebarang operasi ketenteraan.

Sunday, August 21, 2011

Beckham Mahu Buat Tatu di Kemaluan Sendiri


 
 
 
Dengan memiliki ‘30 atau 31’ tatu, bintang bola sepak, David Beckham bukan lagi asing dalam hal lukisan badan, tetapi beliau kini memikirkan melakukannya di tempat lebih sulit.


Beckham memberitahu kepada pengacara bual bicara televisyen, Craig Ferguson bahawa dia bercadang membuat tatu di kemaluannya dan bersetuju dengan gurauan Ferguson supaya mereka membuat tatu itu bersama.

“Bunyinya menarik,” kata Beckham walaupun isterinya, Victoria tidak bersetuju.

“Setiap kali saya mempunyai satu lagi tatu dia tidak menyukainya. Bukan lagi satu,” kata Beckham memetik Victoria sambil mengakui itu tidak menghalang beliau merancang menambah koleksi tatunya.

Beckham berkata, beliau akan membenarkan anak lelakinya, Brooklyn, 12; Romeo, 8, dan Cruz, 6, untuk bertatu sebaik saja mereka dewasa, tetapi tidak bagi anak perempuannya yang baru dilahirkan baru-baru ini.

“Saya secara peribadi sukakan milik saya, tetapi tidak pasti adakah semuanya akan kelihatan hebat bila saya berusia 75 tahun,” kata Beckham.

Wednesday, August 17, 2011

Kesian...program realiti tiada sambutan




Selebriti Britain, Katie Price malu besar apabila tidak ramai peserta hadir untuk uji bakat program realiti televisyen terbaharunya di sebuah pusat beli- belah.


Menjangkakan beratus-ratus orang akan hadir dalam uji bakat program realiti televisyen pencarian model, Discovered By Katie Price, pembantu-pembantunya bertindak meletakkan sejumlah penghadang bagi mengelakkan kesesakan.

Namun, ramalan mereka nyata meleset apabila cuma sekumpulan kecil peserta hadir untuk sesi uji bakat tersebut baru-baru ini.

Wajah Price yang pernah mencipta nama sebagai model glamor, merah padam apabila pihak penganjur merayu orang ramai yang lalu lalang supaya turut mencuba nasib untuk program realiti berkenaan.

"Keadaan pada hari itu teruk. Price berada di pentas sambil berpeluk tubuh manakala wajahnya merah padam seperti baru lepas kena tampar," kata sumber.

"Pembantu-pembantunya merayu kepada pengunjung pusat beli- belah berkenaan supaya menyertai sesi uji bakat itu walaupun menyedari mereka langsung tidak layak menjadi seorang model," tambahnya.

Tuesday, August 16, 2011

Kenderaan tenggelam kerana pemandu percaya GPS





Sebuah kenderaan utiliti sukan tenggelam di dalam sebuah tasik dekat Taman Mercer Slough di Washington selepas seorang daripada tiga wanita yang memandu kenderaan itu mengikut laluan yang ditunjukkan menerusi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).


Kejadian itu berlaku pada awal pagi semasa mereka tersesat dalam perjalanan untuk kembali ke sebuah hotel.

Pemandu kenderaan tersebut menyangka dia memandu di atas jalan raya semasa mengikuti arah panduan menerusi GPS. Namun, kenderaan itu bergerak memasuki sebuah tasik.

Ketiga-tiga wanita itu menggigil selepas mereka berjaya keluar dari kenderaan tersebut yang kemudian tenggelam ke dalam tasik berkenaan.

Sebuah trak tunda tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 5 pagi namun kenderaan tersebut sudah tenggelam ke dalam tasik.

Ia kemudian ditarik keluar dari tasik tersebut dengan menggunakan trak penunda itu.

Gejala Meminum Air Mandian Jenazah




“Dia bukan saja jahil agama, tapi ilmu keduniaan,” kata Pegawai Psikologi Kanan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Puncak Alam, Sulaiman Selamat, ketika dihubungi, semalam.


Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam berhubung tindakan segelintir individu di Terengganu dikesan mencuri dan mengambil bekas air mandian jenazah serta lebihan kain kafan kononnya untuk dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit termasuk mengatasi masalah ketagihan dadah.

Sulaiman berkata, tiada nas dalam al-Quran menyebut mengenai perkara itu, malah dalam adat dan budaya tempatan pun tidak ada.
“Orang yang buat ini individu terdesak dan sanggup buat apa saja untuk pulih.

“Malah, saya sifatkan orang yang ingin dibantu dan membantu juga jahil ilmu agama,” katanya.

Monday, August 15, 2011

Anak anjing disidai seperti pakaian di ampaian




Seorang pemuda, Jerzon Senador dari sini bakal berdepan dakwaan melakukan kekejaman pada haiwan selepas dia menyidai seekor anak anjing pada penyidai pakaian.
 

Senador menggunakan beberapa penyepit pakaian untuk menyidai haiwan itu sebelum dia merakamkan beberapa gambar anak anjing tersebut.

Dia kemudian menyiarkan beberapa gambar haiwan itu yang disepit pada penyidai pakaian di laman Facebook baru-baru ini. Namun, pemuda tersebut meminta maaf selepas pengguna-pengguna Facebook menyuarakan kemarahan mereka.

Senador menyatakan dia melakukan perbuatan itu setelah diselubungi kebosanan.

Lebih 3,000 pengguna laman itu menyertai kempen bagi meminta Senador dihukum ekoran perbuatan tersebut.Persatuan Kebajikan Haiwan Filipina telah melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.

Sunday, August 14, 2011

Sony offers PSP & games to Mohd Asyraf Haziq, the London youth mugged during rioting




Sony has kindly offered to provide a PSP and games to the young man who became an infamous figure, symbolising the anarchy which swept UK streets, when he was helped and then mugged by cowardly thugs during the London raids.


In the clip which swept the news and disgusted a nation, the youngster named Ashraf Haziq was seen bloody-faced and hunched on the floor, then to have a group of youth assist him to his feet – only to then empty his bag of all its contents, including a Sony PSP handheld, before fleeing the scene.  

Sony Europe has reached out with the gesture with a plea from Playstation UK Marketing Director Alan Duncan reading “[We'd] like to give him a new PSP and games. Let me know the best way of getting in touch with Ashraf or the hospital. Thanks.”



Friday, August 12, 2011

Paderi gay bakal kahwin di Malaysia




Paderi warganegara Malaysia yang membuat pengakuan terbuka mengenai orientasi seks songsangnya dilaporkan akan berkahwin dengan ‘kekasihnya’ seorang warga Afrika-Amerika tidak lama lagi.


Pastor Ou Yang Wen Feng, 41, yang mengaku gay dikatakan akan berkahwin hujung bulan ini atau awal bulan depan dengan majlis perkahwinan bakal diadakan di New York, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia.

‘‘Kekasih saya melamar pada 26 Jun lalu iaitu dua hari selepas New York meluluskan undang-undang perkahwinan pasangan sejenis,” katanya seperti yang dilaporkan agensi berita AFP, semalam.

Ou Yang kini berkhidmat di Gereja Komuniti Metropolitan (MCC), New York iaitu sebuah gereja yang menjadi sebahagian daripada pergerakan antarabangsa gereja Kristian yang mendekati pelbagai pihak termasuk golongan homoseksual, lesbian dan transeksual.

Thursday, August 11, 2011

Warga London simpati nasib Asyraf buat laman web bantu kutip dana




Walaupun berbeza latar belakang kaum, agama mahu pun warna kulit, warga London menunjukkan keprihatinan terhadap nasib malang yang menimpa penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rosli, 20, yang disamun sehingga mengakibatkan rahangnya terpaksa dibedah Isnin lepas.


Seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di London, Shahrul Muzammir Mohd Sahir berkata, satu laman web diwujudkan warga London.

Laman web yang beralamat http://somethingniceforashraf.tumblr.com/ itu direka oleh The Minimalist dan ia antara lain menggunakan tagline: 'Let's Do Something Nice For Ashraf Haziq'.

Beliau berkata, turut dipapar di laman web itu ialah video dari YouTube yang merakam detik-detik cemas ketika Asyraf disamun oleh beberapa remaja berkulit putih dan hitam yang berpakaian ala remaja hip-hop.

Di laman web itu juga, The Minimalist mencadangkan agar satu kutipan dana dibuat bagi membantu Ashraf dan satu ruangan undian kepada pelawat memilih cadangan terbaik bagi membantu penuntut malang itu.

Antara cadangannya ialah: 'Pay His student fees' (bayar yuran pengajiannya), 'Pay for his family to come and visit him in hospital' (bayar perbelanjaan keluarganya untuk datang dan melawat beliau di hospital) dan 'Buy back the stuff that got nicked, PSP, bike, phone' (membelikan semula barangan yang dicuri, PSP, basikal, telefon bimbit).

Wednesday, August 10, 2011

Kereta Kabel Rentas Laut Ala-Ala Sentosa Island TarikanTerbaru di Port Dickson



Negeri Sembilan akan mempunyai perkhidmatan kereta kabel merentasi laut menghubungkan sebuah bandar baru di Port Dickson dengan Pulau Arang, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.


Projek kereta kebal sejauh satu kilometer itu merupakan satu tarikan di bandar baru PD Waterfront yang dimajukan oleh syarikat tempatan, TSR Ocean Park Sdn Bhd.

"Keseluruhan projek PD Waterfront ini termasuk kereta kabel menelan belanja RM1.8 bilion. Kereta kabel akan dibina pada fasa kedua. Fasa pertama projek ini sudah hampir siap," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Lelaki mati semasa merogol wanita tua




Seorang lelaki di Texas mati semasa dia merogol seorang wanita berusia 77 tahun. Lelaki Texas itu, Chavelo Gutierrez, 53, memecah masuk ke rumah wanita berkenaan dengan bersenjatakan pisau dan menyerangnya.


Namun, akhbar Corpus Christi Caller melaporkan semasa dia sedang merogol wanita tersebut, Gutierrez mengadu dia berasa tidak sihat dan berhenti melakukan hubungan seks untuk berehat. Lelaki tersebut kemudian mahu meneruskan perlakuan tidak senonoh itu tetapi dia kemudian jatuh tergolek dan meninggal dunia.

Wanita itu pada mulanya menyangka dia sudah meninggal dunia kerana mabuk disebabkan bau minuman keras pada nafasnya.

Tuesday, August 9, 2011

Lelaki melecur teruk, tandas meletup ketika sedang membuang hajat




Seorang lelaki melecur teruk selepas sebuah tandas mudah alih yang digunanya meletup selepas dia menyalakan rokok di Lapangan Terbang Rockhampton, di Quensland, Australia.



Ketika kejadian, mangsa yang merupakan anggota Tentera Udara Diraja Australia sedang menyertai latihan ketenteraan Australia-Amerika Syarikat (AS) itu mengalami melecur teruk di muka, kepala, tangan dan dada.

“Tandas tersebut meletup dan berkemungkinan disebabkan mangsa menyalakan rokok,” kata jurucakap Unit Keselamatan Masyarakat.

Monday, August 8, 2011

Wanita Penuh Tindik Langsung Perkahwinan




Bagi seseorang yang dipenuhi dengan hampir 7,000 aksesori tindikan, satu lagi cincin tambahan mungkin tidak begitu istimewa.Namun, bagi Elaine Davidson, tambahan koleksi itu mungkin yang akan kekal di hatinya.


Elaine, wanita yang paling banyak bertindik di dunia melangsungkan perkahwinannya, semalam. Dia yang mempunyai 6,925 tindikan berkahwin di Edinburgh, tempat dia tinggal dan menguruskan kedai.

Wanita berusia 42 tahun itu ditemani dua pengapitnya untuk ke pejabat pendaftaran perkahwinan dengan memakai gaun putih dan membawa bunga merah jambu.

Malaysia kirim RM12billion ke luar negara setahun





Malaysia berada di tempat keenam di dunia dalam pengiriman wang ke luar negara dengan nilai sebanyak AS$7 bilion (RM12 bilion) sepanjang tahun lalu.
 

Di rantau Asia pula, negara ini berada di tangga kedua selepas Arab Saudi yang menduduki tangga kedua dengan jumlah kiriman keluar bernilai AS$16 bilion (RM48 bilion), menurut kajian yang dijalankan oleh pengendali kiriman wang antarabangsa, MoneyGram International (MoneyGram).

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif MoneyGram, Pamela Patsley berkata, potensi besar yang ditunjukkan oleh Malaysia dan Arab Saudi adalah disebabkan oleh kebanjiran rakyat asing ke dua-dua negara untuk bekerja di pelbagai sektor.

Katanya, negara-negara yang mempunyai penerimaan kiriman wang yang tertinggi di dunia melalui MoneyGram ialah India berjumlah AS$49 bilion (RM147 bilion) diikuti China AS$48 bilion (RM144 bilion) dan Mexico AS$22 bilion (RM66 bilion).

"Di Malaysia, kami mempunyai beberapa ejen MoneyGram yang baik dan kukuh, sekali gus meletakkannya di tangga ke enam terbesar dunia dalam pengiriman keluar wang.

''Ejen-ejen kami termasuk Malayan Banking Bhd. (Maybank), International Money Express (IME), Prabhu Money Transfer, EZ Money Express, dan tidak lama SMJ Teratai," kata beliau.

Sunday, August 7, 2011

Pelajar mati makan biskut bercampur racun tikus




Seorang budak lelaki berusia 12 tahun maut selepas makan biskut beracun diberi dua remaja perempuan di Recife, Sao Paulo, Brazil.
 

Pegawai penyiasat, Mariana Villas Boas, berkata dua remaja perempuan, masing-masing berusia 13 dan 14 tahun, mengaku meletak racun tikus ke biskut berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, mereka mendakwa ia dilakukan untuk meracun dua remaja perempuan lain di sekolah sama.

“Budak lelaki itu diminta menyerahkan biskut berkenaan kepada remaja yang ingin diracun tetapi dia memakannya secara diam-diam,” katanya.

Hebat...Isteri Curang Belasah Suami



Seorang suami menerima nasib malang apabila isteri yang dikahwininya bukan saja berlaku curang malah sanggup bertindak membelasahnya menggunakan kayu kaki meja di kediaman mereka di Taman Kajang Ria, Kajang, tengah hari semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, suami malang terbabit cuba bertanyakan perbuatan terkutuk isterinya yang dikesan membawa pulang seorang lelaki ketika ketiadaannya.


Pertanyaan itu menyebabkan wanita berusia lewat 20-an itu tiba-tiba melenting dan mencapai kaki meja yang sudah patah dan membelasah suaminya bertubi-tubi.

Saturday, August 6, 2011

Satu Pertiga Rakyat Malaysia Guna Internet Untuk Cari Kerja

Hampir satu pertiga pencari pekerjaan di Malaysia menggunakan perkhidmatan dalam talian, tetapi ramai juga bimbang mengenai maklumat peribadi mereka akan disalah gunakan, menurut kaji selidik Kelly Services.

Kaji selidik yang dijalankan dari Oktober 2010 hingga Januari 2011 menunjukkan sebanyak 32 peratus responden mendapat pekerjaan terbaharu mereka melalui dalam talian, firma pengambilan pekerjaan/ kakitangan (20 peratus), secara langsung oleh majikan (17 peratus), rujukan mulut ke mulut (16 peratus), iklan cetak (lapan peratus), kaedah lain (lima peratus) dan laman media sosial (tiga peratus).

Manakala sebanyak 38 peratus responden melayari laman media sosial seperti Facebook, Linkedln dan Twitter untuk mencari peluang pekerjaan atau kenaikan pangkat.

Pengarah Urusan Kelly Services Singapura dan Malaysia, Melissa Norman berkata, penggunaan media sosial untuk mencari pekerjaan menjadi trend terbaharu.

''Ia digemari kerana membolehkan orang ramai memberi tumpuan kepada pekerjaan dan organisasi yang diinginkan.

''Calon dan majikan menjadi semakin selesa menggunakan medium ini yang bakal digunakan secara lebih meluas untuk mencari pekerjaan dan memajukan kerjaya,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Kaji selidik itu mendapati Facebook merupakan laman media sosial paling popular bagi mereka berusia 18 hingga 29 tahun dan 30 hingga 47 tahun untuk mencari pekerjaan, mereka yang berusia 48 hingga 65 tahun bertindak menjauhi laman media tersebut.

Friday, August 5, 2011

Hanya 322 Derma Organ Sejak 1975 di Malaysia

Hanya 322 rakyat Malaysia yang sudah meninggal dunia mendermakan organ dan tisu mereka untuk digunakan pesakit yang memerlukan organ gantian bagi meneruskan kehidupan sejak 1975 sehingga kini.


Senario itu mendedahkan bahawa bilangan penderma organ dan tisu di kalangan rakyat Malaysia terlalu sedikit iaitu sekitar 1.4 pendermaan bagi setiap sejuta populasi di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata Malaysia adalah antara negara mencatatkan jumlah pendermaan organ dan tisu paling rendah iaitu hanya 0.6 peratus daripada setiap sejuta penduduk.

Katanya, tinjauan dilakukan Global Observatory on Donation and Transplantation di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tahun lalu mendapati Malaysia antara negara tercorot dari segi kadar pendermaan organ dan tisu berbanding negara lain.

“Malaysia jauh ketinggalan berbanding Sepanyol yang berada kedudukan teratas, dengan mencatatkan 34.3 peratus daripada setiap sejuta penduduknya menderma organ dan tisu untuk membantu pesakit di sana," katanya pada sidang media selepas melancarkan larian Race Againts Time: Run For Life.

Thursday, August 4, 2011

Telatah Bayi Kembar di Youtube Berbual Guna Bahasa Isyarat Tarik Perhatian Ramai




Sebuah video di laman Youtube yang semakin meluas tersebar merakamkan sepasang bayi kembar berusia 17 bulan saling bersembang dan ketawa, menyebabkan ramai membuat spekulasi bayi itu sedang berbincang sesuatu.


ABC News melaporkan pasangan kembar itu bercakap menggunakan ‘bahasa rahsia’ yang hanya difahami mereka berdua.

Namun, pakar perkembangan bahasa, Virginia Valian menafikan kembar tersebut menggunakan bahasa rahsia dengan menyatakan bahawa seperti bayi-bayi lain, ia merupakan cara mereka belajar berkomunikasi.

“Kembar yang menawan hati ini menunjukkan dengan cara berlebih-lebihan bagaimana kelakuan kebanyakan kanak-kanak lain. Pengulangan percakapan yang tidak jelas, seperti ‘da da da’ adalah sesuatu yang amat biasa. Mendengarnya daripada mereka adalah sesuatu yang biasa, walaupun kebanyakannya tidak melakukannya secara keterlaluan begitu,” ujarnya.

Tahanan wanita dipaksa menari bogel untuk bebas




Pihak berkuasa Mexico menggantung perkhidmatan 15 anggota polis kerana mengarahkan seorang tahanan wanita menari bogel sebagai syarat untuk membolehkan dia dibebaskan.
 

Televisyen Mexico semalam menyiarkan rakaman video yang menunjukkan wanita itu menari separuh bogel di depan sekumpulan anggota polis.

Anggota terbabit, termasuk seorang pesara tentera yang juga bekas ketua polis, digantung perkhidmatan mereka berkuatkuasa Isnin lalu, kata Jesus Chavez, pegawai Majlis Perbandaran Tijuana.

Wanita itu ditahan 2 Mac lalu bersama-sama seorang lelaki kerana disyaki mencuri kad kredit daripada pelancong.

Pihak berkuasa memulakan siasatan 15 April lalu selepas seorang anggota polis mendedahkan kewujudan video itu. Pendapatan polis Mexico begitu rendah dan mereka terkenal dengan kegiatan rasuah, khususnya di peringkat tempatan.

Wednesday, August 3, 2011

Rahang Jerung Terbesar di Dunia




Rahang ikan jerung terbesar di dunia dipercayai berusia dua juta tahun akan dilelong di pusat lelongan Heritage di Dallas. Ia berukuran 2.7 meter (m) panjang dan 3.3m lebar.
 

Menurut pengarah jabatan sejarah dan alam Heritage, David Herskowitz, bidaan minimum rahang jerung itu adalah sebanyak AS$625,000 (RM1.9 juta) tetapi dijangka dibida sehingga mencecah AS$700,000 (RM2.1 juta).

"Rahang ini memiliki empat gigi. Ia dianggap aneh. Dianggarkan kurang daripada 10 jerung spesies ini yang wujud," kata Herskowitz.

Aktres Lucah Jepun lebih popular daripada Mao

 
 
 
Aktres Jepun, Sora Aoi mencatat sejarah sebagai selebriti filem lucah paling popular di China selepas 41 juta orang mencarinya di Google, angka yang melebihi carian untuk bekas pemimpin negara itu, Mao Zedong mahupun ahli sukan terkenal, Yao Ming serta Confucius.


Ia dianggap mengejutkan kerana majoriti daripada filem lakonannya diharamkan di Beijing meskipun orang yang pakar dalam komputer boleh mengelak tapisan pihak berkuasa China menggunakan pelayan proksi.

Sora bukan hanya dianggap fenomena ‘hangat’ di China tetapi semakin popular selepas digelar ‘pelacur’ oleh seorang selebriti internet negara itu, baru-baru ini.

Tuesday, August 2, 2011

Harimau Malaya Bakal Ditentang Pasukan Piala Dunia Indonesia

 
 
 
Indonesia mempelawa skuad Harimau Malaya untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan sebagai persediaannya menghadapi perlawanan peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada September ini.


Anggota jawatankuasa Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Bob Hippy berkata Malaysia dipilih kerana ia adalah negara jiran yang dekat.

"Indonesia juga merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Australia," katanya melalui laman web rasmi PSSI.

Indonesia diundi dalam Kumpulan E bersama Iran, Bahrain dan tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar.

Bob berkata, walaupun Indonesia diundi dalam kumpulan bersama pasukan dari Timur Tengah, namun ia tidak bercadang untuk mengadakan perlawanan persahabatan di rantau itu kerana faktor lokasi dan masa.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azuddin Ahmad, ketika dihubungi berkata pihaknya masih menunggu butiran lanjut berhubung tarikh dan lokasi perlawanan tersebut.

Rakyat Amerika Akui Islam Agama Aman




Kebanyakan rakyat Amerika didapati tidak pernah menipu mengenai umur mereka, mengakui Islam adalah agama paling aman berbanding agama lain, sanggup hidup tanpa penerbangan berbanding tanpa internet dan dalam banyak hal mempunyai hati romantis, menurut kajian terbaru.


Hampir separuh daripada 848 orang dewasa yang menjawab soal selidik dalam kaji selidik 60 Minutes/Vanity Fair juga berkata mereka menyifatkan Islam lebih aman berbanding kebanyakan agama lain dan 81 peratus berfikir kesakitan akibat patah hati sama seperti kesakitan fizikal.

“Hasil kajian mendapati majoriti rakyat Amerika adalah romantik,” kata CBS dalam laman webnya.

Bentuk tapak kaki gergasi di sawah padi

 
 
Satu bentuk tapak kaki manusia gergasi ditemui di satu kawasan sawah padi di sini dengan ukuran seluas 3,000 meter persegi, lapor akhbar Tribunnews.com.

 

Ia ditemui oleh pemilik sawah itu, Rebo Suwardi pada Ahad lalu pada pukul dua petang. Menurutnya, bentuk itu disebabkan oleh angin dan sebahagian pokok padinya telah tumbang akibat ditiup angin kuat.

Dia berkata, selepas hujan turun dengan lebat, dia kembali melihat sawah tersebut dan mendapati terdapat bentuk seperti kaki manusia gergasi.

Bagaimanapun, polis di Sleman, Yogyakarta akan melakukan siasatan sama ada bentuk itu dibuat oleh manusia.

Seorang pegawai polis, Irwan Ramaini menyatakan pihaknya masih belum mengetahui siapa yang membuat bentuk tapak kaki manusia itu.

Sebelum ini, beberapa lingkaran misteri yang dikaitkan dengan objek terbang tidak dikenali (UFO) ditemui di kawasan sawah padi Pulau Jawa.

Bentuk lingkaran misteri yang dalam pelbagai bentuk itu pada kebiasaannya ditemui di kawasan tanaman gandum di negara-negara Barat.

Monday, August 1, 2011

Gaun Pippa Middleton Jadi Trendsetter



Sudah berbulan lamanya perkahwinan diraja Britain berlalu, namun kesannya di United Kingdom masih dirasai sehingga banyak cenderamata berkisar percintaan, perkahwinan dan pakaian yang diperagakan pada upacara bersejarah berkenaan menjadi ikutan ramai.


Tetapi bukan Caterine Middleton, isteri Putera William yang lebih dikenali sebagai Kate itu mencuri tumpuan ramai sekarang, se-baliknya adik Kate, Pippa Middleton menjadi perhatian dunia selepas mengiringi kakaknya ketika upacara perkahwinan diraja 29 April lalu.

Paling ketara ialah gaun Alexander McQueen yang dipakai Pippa, 27, tiba-tiba menjadi popular bagaikan fesyen baru di Britain. Di butik berjenama di London sekarang, gaun satin direka Sarah Burton dari Alexander McQueen, pereka sama bertanggungjawab mereka pakaian pengantin Kate pakaian ala pengantin Grace Kelly, menjadi pilihan ramai.

Media di Britain kini lebih gemar menyiarkan kisah Pippa yang dilaporkan mendapat tawaran berlakon filem lucah. Vivid Entertainment bukan hanya menawarkan Pippa, tetapi turut menawarkan adik lelakinya, James dengan bayaran berjuta dolar.

Penonton berang aktres porno diundang jadi tetamu televisyen




Orang ramai mengecam stesen televisyen ITV semalam kerana mengundang bintang filem lucah berpayu dara gergasi menjadi tetamu rancangan This Morning.

 BANGGA...Schofield bergambar dengan Chelsea dalam  studio ITV, semalam.
Sebahagian penonton membantah tindakan ITV menonjolkan Chelsea Charms sebagai undangan membincangkan pengalamannya dalam industri seks.

Chelsea ditemubual hos Phillip Schofield.

Seorang ibu, Paula Rogowski, menyatakan kemarahannya dalam Facebook program itu: Saya tak percaya anda mengundang wanita ini dalam rancangan anda - ia amat memalukan. This Morning bukan rancangan porno.” Suri rumah, Clare Marie Sparkes, berkata anak lelakinya yang baru berusia lima tahun terkejut melihat Chelsea.

Kenyataan Balas Elia (Aimie Harmelia) Berhubung Kes Putus Tunang Dengan Apek



Dipetik dari Harian Metro...


“Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.

“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.

“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.

Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.

Wanita Miliki Payudara Terbesar



Seorang wanita, Chelsea Charms dengan bangganya mendakwa memiliki payu dara terbesar di dunia bersaiz 164XXX dan organ tersebut terus membesar pada kadar 2.5 sentimeter sebulan.


Dia yang berketinggian cuma 1.62 meter memperoleh pendapatan ribuan dolar hasil kerjayanya sebagai seorang penari erotik.

Muncul di stesen televisyen Britain dalam program This Morning di stesen ITV kelmarin, Chelsea menyatakan dia menjalani tiga pembedahan yang bermula ketika dia berusia 20 tahun untuk membesarkan payu daranya sehingga bersaiz gergasi seperti sekarang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...