expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Wednesday, June 29, 2011

Bangkai Makhluk Asing Ditemui di Rusia




Satu klip video yang bocor di Internet menunjukkan satu bangkai mahkluk asing ditemui di wilayah Siberia, Rusia, lapor laman Allnewsweb.com.


Bangkai berkenaan ditemui di kawasan bersalji selepas satu objek besar dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) bercahaya merah jambu dan biru menjunam ke Bumi sebelum terhempas di wilayah Irkutsk lebih sebulan lalu.

Kejadian itu disaksikan ratusan penduduk setempat manakala satu pasukan terdiri daripada beberapa ejen perkhidmatan rahsia dan pegawai Kementerian Sains Rusia tiba di lokasi kejadian beberapa jam kemudian.

Insiden yang jarang berlaku itu turut mendapat liputan meluas di Rusia termasuk agensi berita rasmi Interfax tetapi ia dipinggirkan oleh media Barat, dipercayai bagi menyembunyikannya daripada pengetahuan umum.

Kucing Lahirkan Anak Anjing




Seorang wanita di China, Zhou Yun terkejut apabila kucing peliharaannya yang baru melahirkan anak dilihat memelihara seekor anak anjing di belakang rumahnya. 


Yun berkata, dia sudah mengetahui kucingnya itu akan melahirkan anak. Namun, dia berasa terkejut apabila melihat seekor anak haiwan tersebut seperti anjing.

"Setelah diperiksa dengan teliti memang sah ia anak anjing," kata Yun di sini baru-baru ini.

Menurutnya, haiwan itu turut melahirkan seekor lagi anak yang memang merupakan kucing tetapi ia telah mati.
Namun, dia kini kebingungan bagi meyakini bahawa kucing peliharannya itu telah melahirkan seekor anak anjing. Yun menyatakan dia memang memelihara seekor anjing yang selalu tidur dan makan bersama kucing betina itu.

Bagaimanapun, seorang presiden sebuah klinik haiwan peliharaan, Lai Xiaoyun berkata, adalah mustahil kucing boleh melahirkan anak anjing. Menurut Xiaoyun, kucing itu mungkin menemui seekor anak anjing dan membawa ia pulang selepas seekor anak haiwan itu mati semasa dilahirkan.

"Kucing dan anjing merupakan dua spesies berbeza dan amat mustahil ia mempunyai keturunan yang sama," katanya.

Tuesday, June 28, 2011

Bapa Pengasas Internet Meninggal Dunia




Seorang jurutera Amerika Syarikat (AS) yang membantu mencipta Arpanet, Paul Baran meninggal dunia pada usia 84 tahun di California. Arpanet adalah merupakan sistem Internet pertama di dunia yang digunakan oleh tentera AS.


Memetik kenyataan anak lelaki saintis berkenaan, akhbar The New York Times menyatakan bahawa Baran meninggal dunia di rumahnya di Palo Alto, negeri California akibat barah paru-paru.

Dalam beberapa kertas kajian teknikal yang disiarkan dalam tahun 1960-an, Baran mencadangkan untuk membina satu rangkaian komunikasi yang lebih kebal terhadap serangan atau gangguan siber berbanding rangkaian komunikasi sedia ada, kata laporan tersebut.

Menurut The New York Times, ciptaan Baran yang dihasilkan pada pertengahan tahun 1960-an adalah jauh ke hadapan daripada zamannya, sehinggakan sebuah syarikat komputer utama AS, AT&T menolak untuk bekerjasama membina rangkaian komunikasi itu.

Monday, June 27, 2011

Budak 3 Tahun Miliki Berat 59.87kg




Seorang kanak-kanak, Lu Hao yang berusia tiga tahun memiliki berat sebanyak 59.87 kilogram (kg), lima kali lebih berat daripada kanak-kanak seusia dengannya. 


Hao yang dilahirkan normal dengan berat badan hanya 2.6kg. Bagaimanapun, dia membesar dari semasa ke semasa sehingga mencecah usia tiga bulan sehingga tubuhnya gemuk dan setinggi 107 sentimeter.

Selera makan kanak-kanak yang berasal dari wilayah Guangdong itu cukup tinggi apabila dia boleh menghabiskan tiga mangkuk nasi semasa waktu makan.

Udang Karang Raksasa




Seorang nelayan, Marcus Hyde menghantar seekor udang karang raksasa kepada pihak pengurusan Akuarium Blue Reef di Portsmouth, Britain selepas dia berjaya menangkap haiwan itu.


Udang karang itu yang sepanjang satu meter dan berat hampir empat kilogram (kg) ditangkap Marcus semasa dia memancing di Teluk Bracklesham.

Nelayan itu membuat keputusan untuk menghantar udang karang tersebut yang berusia lebih 50 tahun kerana dia menganggap haiwan berkenaan sebagai terlalu istimewa.

Udang itu juga dianggap terlalu tua untuk dijadikan hidangan yang menyelerakan. Setakat ini udang karang yang paling besar pernah ditangkap ialah pada 1934 dengan berat 19kg.

1,086 Diisytiharkan Bankrap di Malaysia




Ramai penjawat awam di negara ini dibelenggu masalah hutang yang serius sehingga mungkin membawa kepada kebankrapan.


Pada 2009 sahaja, Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan seramai 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap dengan 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Liew Vui Keong justeru berkata, masalah itu perlu difahami oleh semua penjawat awam kerana belenggu masalah hutang boleh menjejaskan prestasi mereka.

“Sekiranya prestasi terjejas dengan teruk maka boleh diambil tindakan tatatertib,” katanya ketika merasmikan Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Taklimat Kebankrapan dan Taklimat Bantuan Guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini hari ini.

Taklimat tersebut diadakan bagi memberi pendedahan kepada penjawat awam bagaimana menangani isu berkaitan hutang dan kebankrapan.

Friday, June 24, 2011

Kemalangan Pelik Kereta Api




Beberapa gerabak kereta api nyaris menimpa pengguna jalan raya apabila ia tergelincir di sini, New South Wales.


Kira-kira tujuh buah gerabak yang membawa gandum terbabas di atas landasan yang sudah tidak digunakan sejak 25 tahun lalu.

Gerabak kereta api itu terbalik di tepi sebuah cerun yang menempatkan landasan tersebut.
Namun, tiada kereta dan orang awam yang menjadi mangsa dalam kemalangan pelik itu yang berlaku semalam.

Temui Barang Kemas Hasil Rompakan Dalam Saluran Pembentung




Polis Perancis menemui barang kemas bernilai AS$25 juta (RM75.8 juta) yang disembunyikan di dalam saluran pembentung di Paris. Barang kemas tersebut yang disimpan di dalam sebuah bekas plastik, merupakan sebahagian hasil rompakan ke atas butik barang kemas Harry Winston di sini.


Penemuan itu melibatkan 19 cincin dan tiga pasang anting-anting dengan sepasang anting-anting itu dipercayai bernilai AS$19.5 juta (RM59.1 juta). Polis mengesahkan penemuan itu selepas berita itu disiarkan di sebuah stesen radio.

Pada 5 Disember 2008 sekumpulan perompak sebahagiannya berpakaian wanita dan rambut palsu melarikan batu permata dan jam tangan mewah dengan nilai mencecah AS$118.1 (RM358.3 juta).

Pemenang Ratu Cantik Perlu Lapah Ular




Pemenang Ratu Cantik Ular di Sweetwater, Texas perlu melapah ular spesies orok-orok selain diberikan tiara kemenangan.


Pemenang ratu cantik itu, Laney Wallace yang memenangi gelaran tersebut pada minggu lalu hanya menggunakan parang untuk memutuskan kepala dan melapah kulit ular tersebut dengan menggunakan gunting.

"Saya terlalu teruja untuk memutuskan dan melapah kulit ular," katanya.

Daging ular itu digoreng untuk dijadikan makanan ringan, manakala kulit haiwan itu digunakan untuk membuat but dan dompet manakala racunnya pula untuk dibuat kajian.

Pemenang kedua pula diminta mencelup tangannya dengan darah ular tersebut dan membuat kesan tapak tangannya yang berdarah di dinding.

Artis Reka Wajah Manusia 5,300 Tahun Lalu




Dua artis menggunakan imej tiga dimensi (3D) untuk menghasilkan wajah manusia zaman ais yang berusia 5,300 tahun.


Ia dihasilkan berdasarkan satu mayat lelaki yang beku dengan wajahnya mengalami keretakan menyebabkan sukar untuk mengenal pasti bentuk rupanya yang sebenar.

Model wajah manusia itu dihasilkan oleh dua artis dari Belanda, Alfons dan Adrie Kennis. Wajah itu dipamerkan di Muzium Arkeologi Tyrol Selatan di sini bersama dengan mayat asalnya.

Mayat lelaki itu ditemui dalam bulan September 1991 dekat sempadan Itali dengan Austria oleh satu pasangan pelancong Jerman yang berjalan di Lembah Oetz.Nama jolokan mayat lelaki yang tubuhnya tidak reput sepenuhnya itu ialah Oetzi.

Para penyelidik menyatakan ketinggian lelaki ais itu ialah 159 sentimeter dan berusia 46 tahun dan mati dibunuh oleh seorang lagi pemburu.

Thursday, June 23, 2011

Wajah Bertukar Hodoh Akibat Ambil Pil Khayal Methamphetamine




Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyiarkan wajah-wajah penagih pil khayal methamphetamine yang bertukar menjadi hodoh selepas mereka mengambil dadah berkenaan.
 
Pendedahan yang mengerikan itu dibuat dalam satu klip video selama 48 minit berjudul From Drugs to Mug. Klip video itu dibuat bagi memberi kesedaran kepada golongan muda supaya jangan terjebak ke dalam kancah penagihan dadah.

Klip video itu diterbitkan oleh pejabat Syerif Daerah Multnomah di negeri Oregon. Ia dibuat selepas klip video yang mempunyai mesej sama Faces of Meth mencetuskan kontroversi pada 2004.

Antara lain, ia menunjukkan beberapa penagih pil methamphetamine kehilangan gigi mereka. Beberapa penagih turut dilihat menggaru tulang muka selepas wajah mereka menjadi amat cekung kesan pengambilan dadah itu.

Budak Dapat Ikan Lebih Besar Daripadanya


Seorang budak berusia sembilan tahun, Riley Vallance berjaya memancing seekor ikan yang lebih besar daripadanya dalam satu pertandingan di Tasik Tinaroo, Australia baru-baru ini.


"Saya bergelut selama 20 minit untuk mendapatkan ikan tersebut," kata Vallance yang belajar di tahun empat.

Vallance yang mempunyai berat 25 kilogram (kg) dan tinggi 131 sentimeter itu memperoleh ikan tersebut yang seberat 27.6kg serta panjang 132 sentimeter.

Menurut bapanya yang merupakan seorang ahli biologi, Terry Vallance, ikan tersebut terpaksa ditanam di belakang rumah kerana peti sejuk di rumahnya tidak muat untuk menyimpan ikan itu.

Aktiviti Laga Anjing Popular di Pedalaman Pakistan




Aktiviti laga anjing merupakan hobi popular di kawasan pedalaman Pakistan yang menempatkan 70 peratus daripada 167 juta penduduk negara berkenaan.


Di sebuah kampung di daerah Abbottabad, wilayah Abbottabad, pada Ahad lalu, dua ekor anjing diletakkan dalam sebuah gelanggang yang dikelilingi sejumlah penonton.

Orang ramai bersorak apabila anjing-anjing mula bergaduh. Anjing-anjing itu akan dibiarkan 'berlaga' sehingga seekor daripadanya mati atau tidak berdaya.

Hobi laga anjing diharamkan di Pakistan tetapi amaran pihak berkuasa sering kali tidak dipedulikan oleh penduduk setempat.

Wednesday, June 22, 2011

Penyu Gergasi Ganggu Majlis Perkahwinan Dalam Air




Seekor penyu gergasi mengganggu satu majlis perkahwinan yang diadakan di dalam Akuarium Sea Life di London tidak lama dulu. Insiden itu berlaku semasa pengantin lelaki menyarungkan cincin di jari pengantin wanita. 


Seekor penyu gergasi itu kemudian menghampiri mereka sebelum ia menggigit gaun pengantin perempuan, Kathryn O'Connor. Kathryn dan pengantin lelaki, James Oliver kemudian bertindak menolak penyu tersebut dengan tangan mereka.

Oliver kemudian meneruskan majlis perkahwinan dengan mendukung isterinya itu manakala seorang jurugambar merakamkan peristiwa melucukan itu.

Hak Cipta Kasut Terkenal Di Dunia Cuma Serendah RM30,535




Sejenis kasut yang dinamakan but Ugg memperoleh hasil jualan £500 juta (RM1.5 bilion) setahun dan amat popular dalam kalangan selebriti Hollywood. Namun, lelaki Australia yang mencipta but tersebut, Shane Stedman tidak menjadi kaya raya dengan hasil ciptaanya itu seperti sangkaan ramai orang.


Stedman, 69, menjual idea ciptaannya pada harga cuma £10,000 (RM30,535) dan dia hanya diberikan tiga pasang But Ugg baru secara percuma pada setiap tahun untuk sepanjang hayatnya. Dia menjual hak cipta but itu kepada jenama kasut dari Amerika Syarikat, Deckers pada 1983.

Lebih dua dekad kemudian, but tersebut yang diperbuat daripada kulit kambing menjadi popular dan dipakai oleh ramai selebriti seperti Kate Moss, Jennifer Aniston dan Sarah Jessica Parker.

Sebuah kedai di London yang menjual but itu pada kebiasaannya dipenuhi dengan wanita yang mahu membelinya pada harga lebih £120 (RM586.60) sepasang.

Tuesday, June 21, 2011

Taman Untuk Orang Ramai Tanam Pokok Ganja




Sebuah syarikat yang beribu pejabat di California, weGrow membuka sebuah taman pokok ganja seluas sebuah pasar raya di Phoenix baru-baru ini.


Taman itu menyediakan kemudahan kepada orang ramai yang mahu menanam pokok ganja milik mereka sendiri untuk tujuan perubatan.

Menurut pengasas syarikat itu, Dhar Mann, pihaknya menjual produk dan perkhidmatan kepada orang ramai yang mahu menanam pokok ganja.

Dia berkata, taman itu menawarkan 2,000 produk termasuk tanah, lampu dan ruang pengairan tetapi tidak menjual pokok ganja.

Seorang doktor juga disediakan di taman itu bagi memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk mendapatkan kelulusan perubatan dan memohon kad kelulusan daripada Jabatan Kesihatan untuk menanam pokok ganja.

Filem KL Gangster Raih RM 10.3 Juta Selepas 10 Hari Tayangan



Filem KL Gangster mencatat rekod baru dalam industri perfileman tempatan sebagai filem Melayu paling tinggi mengaut kutipan tiket iaitu sebanyak RM10.3 juta selepas 10 hari ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara sejak 9 Jun lalu.


Filem terbitan Skop Production itu menewaskan filem bertajuk Kongsi terbitan MIG Production yang hanya mampu mengutip kutipan tiket RM8.4 juta sewaktu tayangannya bulan lalu, biarpun penerbitnya, David Teo menyasarkan kutipan RM10 juta.

Menurut Pengarah Urusan dan penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam, beliau yakin KL Gangster yang diarahkan oleh anaknya, Syamsul Yusof mampu menambah jumlah kutipan filem genre aksi itu berdasarkan sambutan yang amat hebat daripada para penonton.

"Sehingga semalam, KL Gangster telah mengutip kutipan tiket RM10.3 juta. Berdasarkan maklum balas daripada pihak pawagam, filem dengan kos pembikinan dan promosi lebih RM2 juta itu mampu mengutip sehingga RM12 juta jika ia terus ditayangkan sehingga hujung minggu ini.


Sunday, June 19, 2011

Lelaki Main Komputer Selama 3 Hari Maut

 
 
Seorang lelaki warga China berusia 30-an meninggal dunia selepas tiga hari tidak tidur dan hanya menjamah sedikit makanan kerana asyik bermain permainan komputer di kafe internet di luar Beijing.


Insiden itu menjadi contoh dalam kempen kerajaan untuk memerangi ketagihan internet yang melanda jutaan rakyat China, menurut penyelidik.

Lelaki yang tidak dikenali itu jatuh dan koma sebelum dikejarkan ke klinik berdekatan kafe yang terletak di pinggir ibu negara itu. Beliau kemudian meninggal dunia, lapor Beijing Times.

“Beliau membelanjakan lebih 10,000 yuan (RM4,629) sejak beberapa bulan lalu untuk bermain permainan komputer dan tidak meninggalkan komputernya selama tiga hari,” kata laporan berkenaan.

“Polis juga merampas beberapa komputer sebagai sebahagian penyiasatan tetapi menolak kaitan pembunuhan dan sehingga kini tidak menahan pemilik kafe internet yang hanya memiliki enam terminal komputer itu,” tambahnya.

Perompak Kecewa Restoran Yang Dirompaknya Telah Dirompak Lebih Awal

Seorang perompak berputih mata kerana gagal mendapatkan wang tunai daripada restoran piza yang dicerobohinya kerana restoran itu kehabisan wang akibat dirompak lebih awal pada hari sama.


Dalam kejadian itu, dua suspek merompak tiga restoran piza pada malam Ahad, dengan mengacukan senjata kepada pekerja bagi memaksa mereka menyerahkan wang tunai dalam mesin wang dan simpanan, kata pihak berkuasa.

Pegawai kanan polis Tulsa, Sarjan Dave Walker, memberitahu suspek terbabit merompak restoran Pizza Domino jam 9.15 malam waktu tempatan diikuti Papa John pada jam 10.15 malam; dan seterusnya Pizza Hut pada jam 10:45 malam.

Dalam ketiga-tiga rompakan bersenjata itu, perompak memasuki restoran memaksa pekerja membuka mesin wang dan peti simpanan, kata Walker.

Di restoran piza Papa John, polis mendedahkan, perompak masuk menggunakan pintu belakang sebelum membawa keluar wang yang dirompak. Peliknya, selepas beberapa lama, seorang lagi perompak memasuki restoran sama mengikut pintu depan dan turut menuntut wang.

Kasihan! Wanita Tua Terjatuh Ke Dalam Laut Sejuk




Seorang nenek berusia 73 tahun, Janet Richardson terjatuh ke dalam Laut Artik dekat Norway yang sejuk dari atas pengusung semasa dia diusung dari sebuah kapal pesiaran ke bot penyelamat untuk dihantar ke hospital kerana mengalami pendarahan dalaman.

BEBERAPA anggota paramedik mengusung Janet Richardson ke dalam sebuah bot penyelamat sebelum dia terjatuh ke dalam laut.

Dia kini dirawat di sebuah hospital di Britain selepas dibiarkan berada di dalam laut selama lapan minit sebelum Janet diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat.

Semasa dia terjatuh, suhu di laut itu mencecah - 3 darjah Celcius.

Insiden itu berlaku selepas kapten kapal pesiaran tersebut menghubungi sebuah bot penyelamat untuk membawa wanita tersebut kerana bimbang terhadap kesihatannya kerana dia menghidap penyakit diabetes.

Selepas bot penyelamat itu berada dekat kapal tersebut, beberapa anggota paramedik yang sedang mengusung Janet melakukan kesilapan menyebabkan pengusung yang membawa wanita tersebut terjatuh ke dalam laut.

Kejadian itu berlaku pada 29 Mac lalu dan dia kini bergelut untuk hidup di sebuah hospital di Britain.

Thursday, June 16, 2011

Demi Menjimatkan Kos, Kereta Yang Baru Dibeli Diangkut Ke Rumah Dengan Van Kecil




Sebuah kereta baharu diletakkan dalam sebuah van kecil dalam keadaan menegak oleh pemiliknya untuk dibawa pulang ke Kazakhstan sejauh 3,540 kilometer dari sini.


Van itu digunakan kerana pemilik kereta tersebut tidak mahu menggunakan perkhidmatan penghantaran kenderaan berkenaan dengan menggunakan treler yang melibatkan kos yang tinggi.

Kusyen diletakkan di sisi kereta tersebut bagi mengelak badan kereta itu mengalami sebarang calar.
Bagaimanapun, polis Jerman menahan van yang membawa van tersebut semasa ia dalam perjalanan ke Kazakhstan baru-baru ini.

Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi




Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.


Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

Masa Depan Facebook Akan Suram Seperti Myspace dan Friendster





Penutupan akaun laman jaringan sosial Facebook yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini seolah-olah menjadi petanda kepada permulaan zaman lesu laman web tersebut.


Pakar psikologi Internet, Graham Jones memberitahu pengguna Facebook mula berasa bosan setelah satu tempoh masa menggunakan Facebook.

"Adalah sesuatu yang normal bagi seseorang individu teruja menggunakan sesuatu yang baru. Dia kemudian akan berasa bosan dan beralih pada perkara baru," katanya.

Kajian berkaitan penggunaan Facebook yang dijalankan di United Kingdom (UK) menunjukkan sebanyak 100,000 pengguna di Britain telah menutup akaun mereka sejak bulan lalu.

Penutupan secara mendadak itu turut dikaitkan dengan kebimbangan pengguna Facebook mengenai pencerobohan data dan maklumat peribadi mereka. Malah, timbul spekulasi bahawa laman Facebook juga bakal berdepan waktu suram seperti yang dialami MySpace dan Friendster.

Awal tahun ini, para eksekutif Facebook mengumumkan jumlah pengguna laman web itu UK mencecah 30 juta, iaitu separuh daripada populasi penduduk UK.

Di Amerika Syarikat (AS), jumlah pengguna Facebook juga jatuh merudum kepada 149.4 juta pengguna berbanding 155.2 juta sebelum ini.

Wednesday, June 15, 2011

Wanita Potong Kemaluan Lelaki Yang Cuba Merogolnya Sebagai Bukti




Wanita Bangladesh berusia 40 tahun memotong kemaluan seorang lelaki yang didakwa cuba merogolnya dan membawanya ke balai polis sebagai bahan bukti.


Wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak itu diserang ketika tidur di rumahnya pada malam Sabtu lalu di daerah Jhalakathi kira-kira 200 kilometer dari selatan Dhaka, kata seorang pegawai.

“Ketika lelaki itu cuba merogol mangsa, wanita itu memotong kemaluan penyerang dengan pisau. Wanita itu membungkus kemaluan dan membawa ke balai polis sebagai bahan bukti,” kata Ketua Polis, Abul Khaer.

Bekas PM Britain, Tony Blair Baca Al-Quran Setiap Hari



Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam, al- Quran (yang diterjemahkan) pada setiap hari.


Pemimpin berusia 58 tahun itu berkata, beliau membaca Al-Quran untuk memastikan bahawa beliau lebih memahami tentang ajaran Islam.

Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan pada Sabtu lepas, Blair berkata: "Saya percaya adalah penting untuk kita celik agama dalam dunia global masa kini."

"Saya membaca al-Quran setiap hari. Antara tujuannya adalah untuk memahami beberapa perkara yang berlaku di dunia ini, tetapi lebih penting, ia (al-Quran) banyak memberikan maklumat berguna," ujarnya.

Menurut Blair, beliau percaya kefahaman mengenai Islam dapat membantu dalam peranannya sebagai Utusan Rasmi Asia Barat untuk Kuartet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.

Blair sebelum ini memuji agama Islam sebagai indah dan menyatakan Nabi Muhammad SAW penggerak yang kuat dalam membentuk masyarakat bertamadun.

Adik ipar pemimpin tersebut, Lauren Booth memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu.

Sunday, June 12, 2011

Gadis Sembunyi Lepas 1,500 Rakan Facebook Serbu Parti Hari Jadinya



Seorang gadis remaja, terpaksa melarikan diri dari parti hari jadinya selepas lebih 1,500 tetamu datang untuk menyambutnya, diekori oleh kira-kira 100 anggota polis.


Kejadian berlaku selepas gadis itu yang hanya dikenali sebagai Thessa, terlupa menetapkan parti itu sebagai sambutan ‘Tertutup,’ dalam laman Facebooknya.

Sebelas orang ditahan sementara oleh pegawai dan seorang anggota polis cedera dalam kesesakan di depan rumah gadis berkenaan.
Anggota bomba juga memadamkan dua kebakaran dalam kejadian itu sementara beberapa remaja terpaksa dirawat kerana luka akibat terpijak serpihan kaca.

Thessa sebenarnya hanya mahu mempelawa beberapa rakan ke rumahnya sempena ulang tahun kelahirannya tetapi tersilap dengan meletakkan ia sebagai acara terbuka.

Kira-kira 15,000 pengunjung Facebook mengesahkan mereka akan hadir.

Apabila ia diketahu ibu bapanya, mereka memaklumkannya kepada pihak berkuasa dan mengupah syarikat keselamatan untuk melindungi kediaman mereka.

Menurut akhbar Bild am Sonntag, meskipun pembatalannya diumumkan di seluruh bandar raya itu, 1,500 remaja tetap muncul di depan kediaman keluarga Thessa.

“Seratus anggota saya mengepung rumah itu, termasuk empat anggota berkuda. Tetapi ia gagal menghalang orang ramai daripada meraikan hari jadi itu diluar rumah gadis bernama Thessa,” kata jurucakap polis.

Paris Hilton Bogel Dalam Program Realiti Terbaru




Selebriti Paris Hilton berbogel untuk program realiti terbaharu selepas dia menyuarakan perasaan malu dan kesal berhubung isu pita rakaman video seksnya.


Paris yang berusia 31 tahun itu berbogel untuk satu babak dalam bilik mandi dalam episod pertama program The World According To Paris. Dalam adegan itu, dia mencuci rambut dan mandi dalam tab mandi di rumahnya di Los Angeles.

Program realiti The World According To Paris akan ditayangkan di rangkaian televisyen Oxygen di Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi. Dalam program itu, corak kehidupan seharian Paris disiarkan termasuk semasa dia berbual dengan ibunya, Khaty.

Paris dan Khaty sebelum itu muncul dalam program bual bicara bersama hos Piers Morgan yang disiarkan di stesen televisyen CNN empat hari lalu.

Dia berkongsi cerita kepada penonton tentang perasaannya berhubung pita rakaman video seks melibatkan dia dan bekas kekasihnya, Rick Salomon pada tahun 2003.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Stars Are Blind itu menyatakan bahawa insiden tersebut telah mengubah corak kehidupannya sekali gus ia menjadi pengalaman yang amat memalukannya.

Saturday, June 11, 2011

Pemuda Terkejut Kekasih Online Lelaki

 
 
Seorang pemuda Arab Saudi terkejut apabila menyedari ‘teman wanitanya’ sebenarnya lelaki apabila mereka bertemu buat pertama kali di sebuah restoran.


Akhbar tempatan melaporkan, pemuda itu berkenalan dengan ‘teman wanitanya’ secara online dan hubungan itu menjadi intim selepas beberapa bulan berkenalan, lapor Arab News.
Kekasih online menipu pemuda terbabit dengan menggunakan suara wanita untuk menyamar, lapor akhbar al Watan, kelmarin.

Pemuda itu sanggup pergi ke Madinah yang terletak 800 kilometer dari tempat tinggalnya semata-mata untuk bersemuka dan tahu di mana ‘teman wanitanya’ tinggal.

‘Wanita’ itu datang bersama seorang lagi ‘wanita’ dan kedua-duanya memakai purdah. Ketika mereka makan, pemuda itu meminta ‘teman wanitanya’ membuka penutup mukanya untuk melihat wajahnya.

Sebaik mendapati dirinya ditipu, kedua-dua lelaki itu segera cabut lari. Bagaimanapun, polis Madinah berjaya menjejaki dan menahan mereka.

Pasangan Tua Lakukan Seks Depan Orang Ramai Dijel

-Gambar hiasan-

Sepasang kekasih dipenjara tiga bulan selepas didapati bersalah mengadakan seks di pantai di depan puluhan keluarga.

Lita Dawson dan teman lelakinya, Nicholas Harrison, kedua-duanya berusia 51 tahun dilihat berbaring atas satu sama lain di Pantai Seaford, Sussex Timur.

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun dikatakan memberitahu ibunya yang terkejut: “Ibu, perempuan itu melakukan senaman tekan tubi ke atas lelaki itu.” Majistret di Eastbourne diberitahu, pasangan itu minum arak sebelum kedua-duanya menanggalkan pakaian masing-masing.

Pendakwa raya, Heather Salvage berkata: “Perbuatan mereka boleh dilihat orang ramai di sekeliling tetapi mereka tidak peduli.

“Seorang ibu yang berkelah bersama anaknya berusia lima tahun menyedari pasangan itu mengadakan seks cuba melindungi mata anaknya. Wanita itu begitu marah.” Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah.

Singapura Bakal Atasi Las Vegas




Singapura dijangka akan mengatasi Las Vegas untuk menjadi pusat judi kedua terbesar di dunia pada tahun ini, kata Presiden Persatuan Perjudian Amerika, Frank Fahrenkopf semalam.


Menurutnya, dua resort kasino di Singapura memperoleh hasil perjudian sebanyak AS$5.1 bilion (RM15.3 bilion) pada tahun lalu. Dia berkata, angka itu akan meningkat kepada AS$6.4 bilion (RM19.23 bilion) pada tahun ini.

Menurut satu laporan yang disediakan Royal Bank of Scotland, Las Vegas hanya akan memperoleh hasil perjudian sebanyak AS$6.2 bilion (RM18.6 bilion) tahun ini.

Wednesday, June 1, 2011

Awas! Sila Jumpa Doktor Kalau Anda Cirit-Birit Berdarah Selepas ke Eropah


Orang ramai yang telah mengunjungi Eropah sejak 1 Mei lepas dan pada masa yang sama mempunyai gejala cirit-birit berdarah dinasihatkan untuk menjalani ujian pemeriksaan kesihatan di pusat-pusat kesihatan yang berhampiran.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai satu kes wabak penyakit ”sindrom uremik haemolytik” (HUS) yang berpunca daripada pencemaran bakteria ”Enterohaemorrhagic Escherichia Coli” (EHEC).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...